LMS ESPORT (MEMBINA KEPERCAYAAN DALAM PASUKAN)
23 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniPada 23 Ogos 2026, telah diadakan LMS eSport sesi pembelajaran bertajuk “Membina Kepercayaan dalam Pasukan” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini melalui sistem LMS eSport secara atas talian.
Tujuan pembelajaran adalah memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan membina kepercayaan dan kerjasama dalam pasukan eSport bagi mencapai prestasi yang lebih baik. Peserta didedahkan kepada komunikasi yang berkesan, saling menghormati, memahami peranan setiap ahli serta membina keyakinan antara satu sama lain untuk mewujudkan pasukan yang lebih kompak, positif dan berdaya saing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: